Semua yg kte ada adlh milik Allah...x salah kita korbankan semua harta, kemewahan, duit, berjauhan dgn keluarga dan tenaga utk menegakkan agama Allah, membesarkan Allah dn Rasul...
berkorban pada jalan Allah mengikut pengertian syariat ialah berbelanja apa yang ada ke jalan yang diredhai oleh Allah atau berkorban berhabis-habisan apa yang ada, sama ada harta, wang ringgit, tenaga, masa, ļ¬kiran hatta nyawa sekalipun semata-mata untuk Allah.
Firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi melalui Rasulullah SAW: “Apabila seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka aku mendekatkan diri-Ku kepadanya sedepa. Kalau hamba-Ku datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari.” (Riwayat Bukhari dari Anas)
Kesan daripada cinta Allah dan juga Rasulullah serta cintakan hari Akhirat menjadikan seseorang itu sanggup berkorban hingga dapat membangunkan kemajuan dan tamadun Islam. Jika cinta kepada Allah dan Rasul masih tidak dalam atau langsung tidak ada, seseorang itu tidak akan sanggup berkorban berhabis-habisan. Mungkin tangannya menghulurkan wang untuk jihad tetapi hatinya tidak ikhlas. Ada kepentingan atau ada udang di sebalik batu. Mungkin kerana ingin undi, ingin dipuji, ingin dibalas jasanya dan sebagainya. Maka lahirlah tamadun yang tidak bercorak Islam.
-usahataqwa-
CARILAH HARTA UNTUK TUHAN
Marilah kita berusaha mencari harta benda dunia untuk Tuhan
Di sini ada pahala, di sini juga ada kemajuan di sini ada keredhaan Tuhan
di sini juga ada jalinan kasih sayang sesama insan
Ia bukan untuk dicinta
ia untuk ditadbir dan diagih-agihkan sesama insan untuk kasih sayang sesama
Dari kasih sayang lahirlah perpaduan sesama insan
Apabila diagih-agihkan untuk keperluan manusia kerana Tuhan di situ ada pahala
Apabila diagih-agihkan untuk kepentingan manusia menjelmalah kemajuan bersama
Oleh kerana agihan itu ada tujuan kerana Tuhan keredhaan Tuhan pun datang
Agihan itu juga menjalinkan kasih sayang sesama manusia atau insan
Sungguh indahnya hidup bersama harta kerana Tuhan
Sekiranya ia ditadbir dengan bijaksana
Faedahnya begitu global
mencakup dunia dan Akhirat
Dapat pahala, dapat keredhaan Tuhan
dapat kemajuan dapat jalinkan kasih sayang sesama insan
Hilanglah hasad dengki, hilanglah iri hati
hilang benci-membenci hilanglah permusuhan
Hari ini yang terjadi kerana harta datang hasad dengki menyerang
Kerana harta datang berebut-rebutan pecah ukhwah, retak perpaduan
Pecah-belah keluarga, renggang persaudaraan hilang kasih sayang sesama hamba Tuhan
Kerana harta tercetus permusuhan datang perbalahan berlakulah pergaduhan
Jadikanlah harta untuk keredhaan Tuhan
jadikanlah harta untuk kasih sayang
Jadikanlah harta untuk kemajuan jadikanlah harta untuk kepentingan bersama
Dunia aman, damai, hidup rasa bersama bahagia dan harmoni
Sungguh indah hidup bersama dunia untuk Tuhan ia selamat-menyelamatkan
Rahsianya adalah cintakan Tuhan maka dunia ini akan dapat diagih-agihkan sesama insan
asz...
No comments:
Post a Comment