Sunday 12 February 2012

Telah terbit bulan purnama ke atas kami..
Dari tempat yg bernama “thaniyyatil wada”…
Wajiblah kami bersyukur kpdNya..
Selama ada orang yg menyeru ke jalan Allah…
Wahai Rasul yg diutuskan ke atas kami
Engkau dtg membawa panduan utk kami taati
Engkau adlh penolong kami…pemberi syafaat..
Wahai nabi yg mempunyai pekerti yg terpuji…
Allah telah berselawat ke atas Nabi…
Selawat dn salam Allah ke atasnya…

Telah terbit bulan purnama ke atas kami…
Maka telah tersembunyi lah bulan2 yg lain…
Kami tidak pernah sama sekali melihat org sebaik engkau, Rasulullah…
Wahai wajah yg berseri…
Engkau umpama matahari dan bulan…
Engkau cahaya di atas cahaya
Engkau ibarat emas yg tinggi harganya..
Engkaulah pelita yg menerangi hati kami…

Wahai Nabi salam sejahtera ke atas kamu…
Wahai Rasul salam sejahtera ke atas kamu…
Wahai yg disokong dn yg dimuliakan…
Wahai imam 2 kiblat…



Friday 30 December 2011

Ingatlah Kematian

Ingatlah kematian itu
dari detik ke detik
dan dari saat ke saat
Justru itu Allah tidak janjikan kematian kita
di waktu tua
Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita
disebabkan sakit
tidak pun sakit pun boleh mati juga
Oleh itu jangan senang hati
kematian pasti kan berlaku
tunggulah kematian dari nafas ke nafas
agar kita tidak angan-angan melalaikan
Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu 
karena kematian kita tidak tahu
Ingatlah mati di dalam sebarang hal
agar kita sentiasa gentar dengan Tuhan
Oleh itu bersiap sedialah usahakan iman dan taqwa
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi
Hidup di dunia hanya sekali
bila pergi tak akan kembali
tersilap di dunia padahnya diterima di sana.
Mengapa kita belum pun menambah amalan
sedangkan umur makin lama berkurangan
apabila sudah sampai ke sempadan akan menyesal
Oleh itu bersiap sedialah usahakan iman dan taqwa
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi
Hidup di dunia hanya sekali
bila pergi tak akan kembali
tersilap di dunia padahnya diterima di sana.

Wednesday 21 December 2011

TaQwA...daN ImAn...

Bismillahirrahmanirrahim, dgn nama Allah yg Maha Pemurah dan Penyayang...bersyukur kpd Allah krn msh mengizinkan utk menulis...selawat dan salam kerinduan utk Rasul pemilik zaman....

Iman dan taqwa adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam. la sangat penting untuk kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Hanya ibadah dan amalan orang yang bertaqwa sahaja yang diterima oleh Tuhan. Hanya orang yang bertaqwa sahaja yang akan selamat di sisi Allah.

Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh.

Taqwa dikenali amalan jiwa atau roh dan juga merupakan perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti bersikap jujur, adil, benar, sentiasa berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan banyak lg.

la aset bagi orang mukmin dunia dan Akhirat. Kalau lah umat Islam tahu nilai sebenar taqwa, mereka pasti akan berusaha dn bergolok-bergadai untuk mendaptknnya. Tetapi oleh kerana mereka tidak tahu, mereka menganggap taqwa itu tidak ada nilai apa-apa dan tidak berharga. Mereka tidak sanggup berusaha untuk mendapatkannya. tapi kalau pasal kerana duit, harta, kuasa, nama, glamour dan perempuan, mereka sanggup bersusah payah dan berkorban apa sahaja bg mendptkan semua tu.


Di zaman sekarang nie, orang tidak mahu lagi berkorban dan bersusah payah untuk mendapat taqwa. Taqwa sudah tidak lagi menjadi pakaian umat Islam dan x lg menjadi teras dalam kehidupan umat Islam mahupun dlm menjadikn matlamat dalam beragama.


Taqwa adalah wasiat Allah kepada umat terdahulu dan umat terkemudian.
Firman Allah SWT: " Sesungguhnya Kami telah berwasiat (memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan juga kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah." (An Nisa: 131)

Taqwa juga adalah wasiat Rasulullah SAW kepada umatnya.

 Baginda bersabda:"Aku berwasiat kepada Engkau semua supaya bertaqwa kepada Allah, serta dengar dan patuh kepada pemimpin walaupun dia seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku kelak, dia akan melihat pelbagai perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk selepasku. " (RiwayatAhmad, Abu Daud, Termizi dan Majah)
Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinannya. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya dan rasa terhibur kalau dapat menyumbang kepada masyarakat dan menderma kepada fakir miskin. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang-orang yang berkuasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur kalau dapat berkhidmat pada rakyat.

Iman dan taqwa membuatkan anak-anak terhibur untuk taat kepada ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat kepada suami, pengikut terhibur mentaati para pemimpin, anak murid terhibur untuk hormat dan kasih kepada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda terhibur untuk memikul tanggungjawab dan menyumbangkan tenaga.
asz

Amalan taqwa adalah perbuatan dlm kehdpn seharian yg berlandaskn syariat dn terkait dengan akal, roh dan terhubung dengan Allah, dibuat kerana Allah dan mengikut cara yang Allah mahu.
Apa shj yang dibuat atau yang ditinggalkan itu berkait dengan Allah maka itulah amalan taqwa. Amalan yang tidak berkait dan tidak dibuat kerana Allah, itu adalah amalan bangkai yang tidak ada nyawa, jiwa atau rohnya. Ia tidak sampai kepada Allah dan tidak ada apa-apa nilai di sisi-Nya.

Iman dan taqwa terlalu mahal dn tak mudah untuk mendapatkan nya. Untuk menjadi orang Islam mudah, dengan bersyahadah sahaja. Namun dengan sekadar syahadah, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang mukmin atau orang bertaqwa. Dia baru Islam. Bagaimana pun seorang yang sudah bersyahadah tidak boleh dikatakan kafir. Kalau dia sembahyang, puasa, dn tunaikan haji dan berjuang, tentulah dia orang Islam.

Untuk menjadi orang Islam, itu mudah tetapi untuk menjadi orang mukmin, susah. Untuk menjadi orang bertaqwa, lebih-lebih lagi susah. Sebab itu masuk sahaja agama Islam, dia dikatakan Islam atau muslim tetapi tidak dikatakan mukmin atau taqwa.

Orang yang beriman belum tentu bertaqwa. Tetapi orang yang bertaqwa sudah tentu dia beriman. Kerana iman itu berperingkat-peringkat. Tidak semua peringkat iman boleh menghasilkan taqwa.



Asas taqwa yang batin ialah rasa kehambaan yang sungguh mendalam. Di antaranya rasa serba dhaif, lemah, hina, lalai dan leka di sisi Allah dan sgt merasa diri benar-benar dimiliki oleh Allah dn diri nie  tidak punya apa-apa. Rasa kehambaan yang mendalam ini menjadikan hati penuh pasrah, merintih, mengharap dan memohon setiap sesuatu itu hanya dari Allah

orang bertaqwa tidak membuat dosa. Kalau dia sedar dia terbuat dosa, sehari suntuk jiwanya akan terseksa. Dia rasa menyesal, menderita. Dia akan buat ibadah2 tambahan yang lain untuk menutup dan menebus dosanya itu.

kte sanggup kejar dunia yg nilainya separas bumi, tp kenapa kita tidak sanggup bersusah payah untuk mendapatkan taqwa yang nilainya setinggi langit malahan lebih tinggi dari itu...

Alangkah hebat dan bijaknya orang yang memburu taqwa, kerana dia tahu taqwa mengatasi segala nilai pangkat, harta dan lain-lain. Taqwa adalah satu darjat tertinggi di sisi Allah. Kalau manusia boleh memperolehinya, jadilah dia semulia-mulia dan seagung-agung manusia.

Allah berfirman: " Inna akramakum `indallahi atqakum" .
Maksudnya: " Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah kamu yang paling bertaqwa." (Al Hujurat: 13)



Biasanya orang yang bertaqwa , dia sempat buat ibadah yang wajib sahaja, ibadah2 sunat kurang. Kalau sempat buat, hanya yg besar2 je, yang kecil2 tidak dibuat. Tetapi dia takut dan cinta dengan Tuhan. Rasa bertuhannya tebal sgt. Hatinya sentiasa rasa tidak selesai dengan Tuhan. Dia tidak rasa dirinya baik malahan dia rasa dirinya orang yang paling jahat, hina dan tidak berguna. Inilah orang yang bertaqwa.
Walaupun dia buat ibadah yang wajib sahaja dan yang sunat kurang, namun dengan Tuhan hatinya sentiasa bergelombang dan bergelora macam air laut yang tidak pernah tenang. Dia kurang buat ibadah2 sunat yang kecil2 sebab terlalu sibuk, terlalu letih dan tidak ada masa kerana terlalu banyak membantu dan menolong manusia serta membuat kerja2 masyarakat. Masanya banyak dimanfaatkan untuk orang ramai. Ibadah hablumminallahnya kurang tetapi yang hablumminannasnya banyak. Ibadah ini lebih besar pahalanya dari ibadah2 sunat.

 Rasulullah SAW ada bersabda:
Maksudnya: "Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain."


Allah SWT berfirman:
" Fattaqullaha mastata`tum`."Maksudnya:"Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah sejauh yang termungkin." ( At Taghabun:16)